Saturday, 29 October 2011

Tips Keselamatan Untuk Penunggang Motosikal

Asalamualaikum n salam sejahtera ak ucapkan..post nie adalah post yang ke dua seka ak buat blog nie..tgh penim2 nk cari tajuk ape ak terfikir lak nk bg tips tentang cara selamat utk menunggang motosikal sbb hari tu masa ak balik dr kelas hujan lebat gak r masa tu..ak ad tgk moto tersadai kat atas divider..memang teruk r moto tu..penunggang dier entah ke mn..kat hospital kot..tinggal moto je..ish3..gamba kat bawah nie saje2 je..sbb hari tu xsempat nk ambil gamba..kua3..




nie sedikit tips utk korang semua..
  Sebelum memulakan perjalanan
 
1.    Periksa tayar, brek, cermin sisi dan lampu motosikal. Pastikan ianya dalam keadaan baik dan berfungsi.
2.   Pakai topi keledar dengan betul iaitu kancing tali dagu dengan ketat untuk perlindungan yang maksimum dan pastikan anda menggunakan topi keledar yang telah diluluskan oleh SIRIM.
3.   Pastikan anda boleh dilihat oleh pengguna jalan raya yg lain dengan memakai topi keledar, dan pakaian yang cerah supaya anda senang dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain. Sekiranya pakaian anda berwarna gelap, tambahkan pemantul cahaya agar anda mudah dilihat.


Semasa perjalanan

1.    Patuhi had laju yang ditetapkan kerana ia menunjukkan kelajuan maksimum yang selamat bagi jalan yang anda lalui.
2.    Jika hendak memotong, amalkan tabiat memotong dengan selamat dan jangan teragak-agak untuk memotong. Pastikan  juga tidak memotong di zon larangan.
3.    Elakkan mengekori terlalu rapat kerana ia hanya akan mengundang padah pada diri sendiri dan juga orang lain.
4.    Patuhi undang-undang lampu isyarat iaitu lampu hijau bermaksud boleh meneruskan perjalanan,  lampu kuning bermaksud perlahankan motosikal dan bersedia untuk berhenti dan merah bermaksud berhenti. Anda hanya akan mengundang padah sekiranya gagal mematuhi peraturan tersebut.
5.    Beri keutamaan kepada pejalan kaki yang berada di garisan belang untuk melintas.
6.    Jangan menukar lorong sesuka hati. Lihat dahulu cermin sisi dan berikan isyarat apabila hendak menukar lorong. Setelah yakin selamat, barulah tukar lorong anda.
7.    Jangan mencelah-celah, ikut lorong anda kerana perbuatan mencelah ini hanya akan menyebabkan anda sukar dilihat oleh pengguna jalan raya lain kerana anda bergerak masuk dan keluar dari kawasan titik buta. 
8.    Jangan sesekali menjadikan jalan raya ini sebagai litar lumba dan tempat untuk menunjukkan kehebatan anda. Ingatlah! Malang tidak berbau.
9.    Sentiasa menjaga adab ketika berada di jalan raya dan jauhi daripada sikap mementingkan diri sendiri. Sentiasa ingat bahawa bukan kita seorang sahaja yang menggunakan kemudahan ini tetapi seluruh rakyat Malaysia.
 "AMALKAN TABIAT YG SELAMAT JIKA INGIN SELAMAT, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG, SESUNGGUHNYA PILIHAN DI TANGAN ANDA, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA."

Thursday, 27 October 2011

Start Of Something New..

 

 Ini post yang pertama sejak blog nie buat..huhu..

Nie nak kongsi lagu yang aku suka dengar..tp sori la jiwang ckit..hehe..

Kangen Band - Tentang Aku, Kamu Dan Dia

Selayaknya engkau tahu
Betapa ku mencintaimu
Kau tenangkanku dari mimpi burukku

Selayaknya kau mengerti
Betapa engkau ku kagumi
Kau telah tinggal di dalam palung hati

Betapa hancur hatiku
Melihat engkau bersamanya
Namun ku mencoba tuk tegar menghadapinya

Jangan kau menangis lagi
Tak sanggup aku melihatnya
Sekarang kau pilih diriku atau dirinya

[reff:]
Kau tuliskan cerita tentang engkau dan dia
Yg membuat hatiku semakin terluka
Sudah usai sudah cerita engkau dan aku
Ku anggap sebagai bingkisan kalbu

Ku tulis cerita tentang aku dan dia
Kehingga membuatmu terluka
Sudah usai sudah, jangan menangis lagi
Kurasa sampailah di sini




 lagu nie xde kena mengena pom dgn kisah hidup ke ape..so layan je la ye..